28 March 2018

Scrambled Tofu

Bila dah start diet vegan ni, kadang terliur jugak bila masakkan scrambled egg untuk encik suami & Fateh. Tapi, sabarrr. sabarrr. Masa dok skrol Instagram cari resepi vegan menu yang best, terjumpa pengganti scrambled egg. Guna tofu!



Ayu beli kat NSK Rm1.50 je. Lupa pulak nak ambil gambar silken tofu ni. Alaa, kalau korang jenjalan kat cold storage, ada tofu ni duduk sebaris dengan japanese tofu dalam plastik petak. Nextime laa Ayu letak gambar tofu ni k.

Ayu jumpa resepi ni kat Instagram Tasty Vegetarian ni ha. Senang je caranya.


Tapi Ayu ubah sikit ikut selera anak tekak. Ayu grill tofu ni dengan blackpepper, bawang hollen & garam sikit. Rasa dia, tak jauh beza dengan scrambled egg! Boleh makan dengan roti/wrap!

Ahhhh, Craving satisfied!

1 comment:

  1. Sis suka makan tofu boleh dipelbagaikan masakan..
    Campur brokoli dan cendawan shiitake pun sedap..

    ReplyDelete