14 March 2018

Diet Ayu - I'm a vegan newbie

Alhamdulillah, harini genap seminggu hari ke-8 Ayu start praktis vegan diet.

Pasaipa Ayu tekad nak ubah diet ni?
Sepanjang umur hampir nak cecah 28 tahun ni, Ayu tak pernah betul-betul jaga makan. Last masa Ayu pregnantkan Fateh dulu ada laaa pantang junk & processed food. Itupun ada jugak curi-curi. hehehe. So,  kalini Ayu tak pandang ke belakang dah. Omputih kata, 'every accomplishment starts with the decision to try'. So, here I am!

Salah satu vegan menu lunch yang simple. Nasi separuh, sayur separuh! hehehe

Dalam banyak-banyak jenis diet, pasaipa pilih Vegan?
Target Ayu bukan nak kurus tau! Berat Ayu ideal. No problem. Misi Ayu pilih vegan diet, sebab ada kajian dairy products antara yang trigger auto-immune disease/disorder. So macam Ayu, ada kemungkinan selama ni Ayu dok gila minum susu, makan cheese tak ingat donia telah menyebabkan Vitiligo makin agresif. So, Ayu nak tengok kesan Ayu praktis vegan diet ni manatau ada positive effect pada vitiligo dalam beberapa bulan ni... or maybe bertahun. hewhewhew

credit
Mula-mula Ayu tak serius pun nak pantang, nak jadi cerita ada 1 hari, dapat rezki lepak lunch dengan member encik suami. Salah seorang member dia adalah vegan. Biasalah, Ayu nak mula diet ni dulu pun ada rasa skeptikal sikit bila orang kata tak makan daging, tak makan ayam, Ayu tertanya-tanya jugak, cukup ke protein intake? Tapi sebenarnya bila kita belajar, keep gali ilmu-ilmu nutrisi, makanan plant-based pun banyak boleh supply protein!

Ni laaa orangnya, pencetus inspirasi untuk Ayu try switch diet.
Ce tengok, ada nampak dia macam orang tak cukup protein ke? Siap Mesotropin ambil sebagai duta lagi tau! Boleh follow dia di Ig & tengok apa yang dia makan.

A post shared by AkmalAli (@akmalhakimali) on

Aippp, jangan tengok lelama. Iman goyah nanti. Hahahaha. Tapi ni la perjuangan Ayu. Cewah! Apa-apapun, sepanjang diet ni Ayu akan terus belajar dan terus belajar. Memang ada certains nutrisi plant-based food tak dapat nak bekalkan. So yang tu Ayu kena topup cara lain. Ni kicik punyak halll. hehehe

Seronok tau tukar diet ni. Banyak ilmu Ayu dapat. Masak pun jadi seronok sekarang. Takde laaa boring ngadap lauk yang sama ja. hehehe. Tapi, encik suami & Fateh tetap makan macam biasa. Ayu sorang ja switch diet ni.

Vegan & Vegetarian lain ke?
Apa yang Ayu tau, lain.

Vegetarian tak makan daging/ayam. Tapi ada certain vegetarian minum susu jugak. Telur pun diorang makan.

Tapi vegan ni macam hardcore sikit. So, Ayu sekarang memang langsung tak ambil any animal products. Daging lembu, kambing, ayam. Even susu, cheese, telur pun Ayu avoid. Ayu cuma makan sayur, buah, kekacang. Nasi ofkozz la. Kita orang Malaysia mana boleh tak makan nasi. hehehe. So pasta, bihun, mee semua Ayu boleh makan tapi dengan syarat tak ada unsur-unsur animal by products termasuk seafood.

So, next entry korang akan selalu lah tengok Ayu akan update menu-menu vegan. Ada yang berani nak join Ayu tak? hehehe

5 comments:

  1. wahhhhh, good luck kak ayu, mana tahu lepas ni banyak berkurang. Nak try jugak jadi vegan tapi tak mampu lagi nak berpisah dengan daging :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula.. tak try tak tau. hehehe. amiiin. Tenkiu dik. Kak Ayu pun gila makan daging. Memang pejam mata laaa kalau makan luar. Tahan napsu tengok tomyam&sup daging

      Delete
  2. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ain follower ke 555 . lucky no :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Ain! tenkiuuu sudi singgah. wow, nombor cantik tu! hehehe. keep in touch ye ;)

      Delete
  3. wahhh bagus lah kak :D nak try jugak lah nnti..
    follow sini jugak #558

    ReplyDelete