11 February 2018

Strongman Challenge Tuaran, Sabah - 3&4 Mac 2018

Encik suami Ayu ni aktif dengan sukan strongman sejak 2015 lagi. Tapi ye la masa tu kekangan masa bekerja mengkayakan orang lain macam nak mati. Sekarang bila dah start kerja masa sendiri ni, mula laa dia serius join pertandingan sana sini. 

Mula mula Ayu sendiri tak sangka sampai tahap ni dia punya serius. Tiap kali dia ada training, ada masa Ayu turun laa jadi penonton. Support. Walaupun masa dia training tu sibuk dengan handphone sendiri dan main aci ligan dengan Fateh. Hahaha. Sebelum ni pun encik suami join pertandingan yang dekat dekat je.

Tahun 2018, tahun gemilang laa buat dia. Awal bulan haritu dapat top 5 (no.4) dalam event strongman challenge flip tayar 200kg di Batang Kali haritu. Meh tengok sini:


Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and outdoor

Yang paling tak sangka rezeki encik suami ditaja oleh ATF Sport Taping bila dia nekad nak masuk strongman challenge di Tuaran, Sabah 3&4 Mac 2014. Alhamdulillah! Yang ditaja dia seorang. Jadinya ke Sabah nanti dia seorang je laa. Sobs3. Tak ada rezki Ayu nak join terbang sekali. Lagipun diorang kat sana dah set sesama atlit tong tong untuk penginapan. Takpelah. Ai is redho. Tapi makesure kena menang tau! Next game kita planning elok elok pergi 1 family.

siapa kenal sebelah encik suami tu? Kalau nak tau tu player ragbi Malaysia.
Bigboss ATF Sport Taping. 

Ayu & Fateh sentiasa doakan. Eh! Baru 11 Februari daaa. Hahaha. Gaya buat ucapan macam dah nak terbang ke Sabah malam ni. Apa apaun, start harini dah kena ada doa kemenangan & dipermudahkan urusan kat sana. Uols yang baca post Ayu ni, doakan sama kejayaan encik suami kat sana nanti eh!

Image may contain: one or more people and outdoor

Kat lengan encik suami bertempek warna warni tu nanti Ayu story lain k. Sangat sangat berguna tau benda tu. 

8 comments:

  1. Isteri kepada strongman kena beri sokongan padu, semoga Encik Suami Ayu menang dalam pertandingan akan datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahhh.. ikutkan hati nakkk sangat support sampai ke Sabah. Tapi takde rezki. Anyway, thanks! Amiiin!

      Delete
    2. Itulahhh.. ikutkan hati nakkk sangat support sampai ke Sabah. Tapi takde rezki. Anyway, thanks! Amiiin!

      Delete
  2. wah!sadonya suami ayu..abe kie pun nk train di gym la..

    ReplyDelete
  3. pergghhh power lah boleh angkat seberat tu! Semoga suami kak ayu menang challenge dekat tuaran nanti :D

    ReplyDelete