08 January 2018

Bawaklaaa anak pergi Kidzoona, Aeon Rawang! Puas hati!

Window Shoping dekat AEON Rawang. Tak ada plan apa pun. Saja bawak Fateh jalan jalan. Biar otak dia berkembang sikit. Sekali sekala kena bawak anak tengok dunia. Asyik mintak baby shark ja, stress mak!

Sampai tingkat atas, ternampak Kidzoona. Dulu pernah lalu, tapi masa tu Fateh baby lagi. Takda nafsu nak singgah. So, kali ni Ayu bawak Fateh 'menghabiskan bateri' dia kat sini since mak abah Fateh tak ada appointment. Fateh hora horey!

Masa mula mula sampai, Ayu tanya la sisturr dekat kaunter, berapa per entry?
Dia kata RM10 per entry. Masuk wajib pakai stokin. Alaa, stokin tak bawak. Masa ni dah saling jeling menjeling husband. Nak masuk ke tak nak. Since Fateh pon dah terkinja kinja macam cacing kepanasan bila tengok ramai kengkawan dia dalam tu, husband tunjuk sign layankan ja laa.

No automatic alt text available.
So total RM10 + RM3 (1 stoken budak) + RM8 (2 Stoken dewasa). Oh, ramai member Ayu cakap Kidzoona tempat lain mahal lagi dari ni. Kah! Untung orang Rawang.

No automatic alt text available.
'syurga' diorang laaa kat sini

No automatic alt text available.
Ada kawasan pasir sintetik, bongkah magnetik, pastu ada tempat apa tah boleh tekap muka

Fateh suka sangat main pasir sintetik ni. Terus cakap kat husband ''boleh beli ni, yang'' Husband balas "kalau nak rasa berumah di tepi pantai boleh laaa beli" Kah!

No automatic alt text available.
Tempat paling cute Ayu rasa. Ada sushi bar, burgershop, hospital, supermarket... Lengkap satu macam satu bandar!

Bukan Fateh ja seronok main. Mak abah Fateh pon join sekaki tau.

Cashier machine tu berfungsi tau. Bukan mainan bodobodo. Ayu sukaaa sangat!

Shoping barang basah ye Fateh~

No automatic alt text available.
Ada kereta, ada motor...

Imagine Ayu start check in Kidzoona dari pukul 3 petang sampai pukul 6 petang. Sampai boleh berkenalan lah dengan orang jaga kaunter tu. Elok ja nak keluar planning nak pegi solat, makan dan balik, sisturr kaunter tu tanya,

"nak masuk balik tak lepas ni?"

Then masa ni Ayu macam wow! Boleh keluar masuk sesuka hati! Then ofkoz Ayu bagitau nak masuk balik. Gila kau, RM21 kot. Boleh makan satu hari sampai kenyang tu. Kalau perasan gambar Fateh sekejap baju lain, sekejap baju lain. Bukan pergi lain hari tau. 1 hari ja. Pembetulan. Sehari suntuk! Siap keluar mandi, makan, solat, lepastu masuk main balik. Kah! 

Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Terbaring kepenatan. Tapi bila diajak balik, terus bangun sambung main balikkk

Lepas break kejap, masuk balik dalam lepas maghrib. Fateh terus berhuhaaa sampai ke pukul 9 malam. Yang sebenarnya mak bapak Fateh yang gibab dah. Tak lalu dah nak menunggu. Kaki dah krem ya amat. Handphone pun dah full charge kat dalam ni menunggu Fateh tak habis habis main. 

Apa pun, Ayu just nak kongsi NILAI yang kidzoona bagi ni lebih besar dari nilai RM21 yang Ayu bayar dekat dia awal awal tadi. Dengan fasiliti dia yang best, ada tempat cas fon, dan kawasan playground yang superb, Ayu puas hati dan infact, RM21 bayar check in tadi terasa kecik pulak amountnya.

Buat parents yang nak otak anak dia berkembang, Ayu suggestkan cuba kidzoona ni. Spend la satu hari dengan diorang, bukan luak pun duit dalam akaun tu. Kan?

14 comments:

  1. Memang berbaloi dan puas anak bermain tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang puas diorang main & berbaloi. Sebab boleh keluar masuk.

      Delete
  2. Wah Hana pun nak kena try ni... maklumlah lepas cerai dengan Mr.SPM kepala otak ni macam tak berapa nak berkembang! huhuhuh T_T heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. pon boleh Hana. sebab mak abah Fateh pun enjoy main dalam tu 🤣

      Delete
  3. Banyak aktiviti yang boleh dimanfaatkan di kidzoona untuk early childhood education.. Setiap outlet AEON ada tak silap sebab LZ nampak ramai parents lepak dalam tu pantau anak-anak main/buat aktiviti.. Boleh relax juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul LZ. Relax & enjoy sangat di Kidzoona. Paling penting, bantu sel otak anak anak berhubung.. 😉

      Delete
  4. dkt ngan umh pn ada kidzoona..mmg dh pernh bw ank ke sini..dlu2 murah je..skarang dh naik..tp nape kena byr token tu ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan Ayu kat Serembang cakap Kidzoona sana mahal lagi. Ikut tempat rate harga. huhuhu.

      token? ke stoken?
      Kalau stoken kena beli. Kidzoona jual kalau kita tak bawa sebab wajib pakai stoken dalam tu. Better bawak stoken sendiri. Jimat & selesa pakai stoken sendiri.

      Delete
  5. yup betul.. pernah pergi yg kat AEON S2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi sangat kalau nak repeat. weekend je, pegi. hehehe

      Delete
  6. Assalamualaikum, Kak Sue bw sini.. selamat berkenalan. Kak Sue rasanya macam pernah singgah juga kat sini masa baru buka, tak ingat dah singgah tanya atau ada anak Kak Sue masuk main tapi macam best pulak tengok kat sini..

    ReplyDelete
  7. Ramai juga ya datang sini. Tempat ini memang best utk kanak-kanak kan kak. :)

    ReplyDelete
  8. Bestnyaaaaa. Rasa nak jadi budak balik hahaha.

    ReplyDelete
  9. Baguslah tempat ni Selain Dari bermain boleh merangsang otak juga

    ReplyDelete