31 January 2018

Now Everyone Can Fly!

AirAsia ada banyak subsidiaries kalau korang nak tau. Two of the well-known ones in Southeast Asia adalah Thai AirAsia and Philippines AirAsia. Main hub di Kuala Lumpur, secondary hub di Johor Bahru yang mana korang boleh terbang ke Singapore, Phuket and Bangkok. As one of the affiliates of AirAsia International, AirAsia Indonesia tawarkan kepada customer untuk domestic dan international routes in or from Indonesia. AirAsia Indonesia mula beroperasi pada tahun 2004 from Soekarno-Hatta headquarter. Both domestic and international flights operate at Terminal 3 Soekarno-Hatta International Airport. 

Fuh, padat! Dah macam penulis artikel untuk AirAsia lak Ayu ni. Hahaha

Siapa yang tak kenal AirAsia? Seriouslaaa. Kita kena bangga tau. AirAsia is one of the world’s leading Low-Cost Carrier (LCC) headquartered kat Malaysia. Yang pertama of Full-LCC in Indonesia! 

Paling best customer boleh add-on facilities purchasable masa online booking macam checked baggage, pre-reserved meal dan seat selection. Diorang punya misi memang untuk offer low cost price kepada customer yang nak travel dengan harga murah.

Ayu promo AirAsia ni sebab korang boleh book cheap AirAsia tickets online di Traveloka. Senang gila wey sebab korang boleh book dari website, lepastu baru korang book the place to stay dalam web or apps Traveloka. 

Kalau nak tau dah banyak award berjaya dirangkul oleh AirAsia dibawah empayar Tony Fernandes. AirAsia Indonesia termasuk dalam Category 1 for flight safety. Maksudnya, percentage untuk selamat sampai ke destinasi adalah tinggi insyaaAllah. Dan for four years in a row, AirAsia achieves Skytrax’s World’s Best LCC.

Salah satu strategi yang Ayu tengok, AirAsia banyak offer promo untuk tambang. Bila korang book awal daripada tarikh korang nak terbang, korang akan dapat harga lagi murah. Dia punya murah tu kadang macam lagi murah dari korang naik bas! Ini kisah benar!  

“Now Everyone Can Fly” - si Ayu berkata ala ala model iklan tv.
Dari tadi Ayu cakap murah laa, senang laa.. So macamne nak book tiket? 

1. Korang select route mana yang korang nak pergi. Banyak choices. Pilih jaaa. 


2. Pilih date bila korang nak pergi. Jadual tu akan tunjuk sekali harga. So senang korang boleh bajet percutian korang. Senang kan? 


3. Lepastu, isi la maklumat passenger. Kalau book 4 seat jangan la pulak korang isi empat-empat seat nama sama. Isi the exact name and information of the passenger tau. Bukan apa, senang nanti stewardess or steward nak greeting. 


4. Next, pilih payment method. Lepas setel bayar semua, korang akan dapat AirAsia e-ticket. Check email korang. Jadinya, jangan lupa tau check betul betul masa isi maklumat part email tu. e-ticket ni penting. Kang salah taip email, menangisss. 

5. Dah siap print tiket, jangan lupa bawa. Nanti dah sampai airport, menangisss. Make sure tarikh korang dalam e-ticket tu betul. Takdelah korang datang awal sehari ke airport. Dah sebab excited sangat. Hahaha. Menangisss lagi.

AirAsia e-ticket is an eligible proof for AirAsia flight yang korang akan terima lepas complete online booking transaction. So make sure korang pegang dan simpan e-ticket yang korang print tu masa check in nanti. Kalau tak memang spoil habis laa mood korang nanti. 

Ni Ayu nak cerita sikit sejarah diorang ni. They were established in 1993, AirAsia belonged to a state-owned DRB-HICOM. Its Boeing 737 served the initial flight in 1996. Already in that era, Malaysia has had an advanced aviation industry, labelling AirAsia as the first generation facing a highly competitive challenge.

Cheap long-haul flights seperti daripada Kuala Lumpur ke bandar-bandar terpilih di Australia, Europe, Japan and South Korea dah pun diperkenalkan kepada orang ramai. These flights use Airbus A-330 and operates under the name AirAsia X. Offering competitive low fare, AirAsia X juga ada menyediakan penerbangan ke Tokyo, London and Gold Coast! Semua orang boleh travel jauh dengan kos yang rendah sekarang dengan AirAsia. Even Ayu rasa duit raya bebudak sekarang pun dah boleh sangat nak beli tiket flight. 

So, Tokyo. Im on my way!

29 January 2018

Contest daripada myboostapp

Contest ni hanya berlangsung di Instagram dan tamat 31 Januari 2018 11.59pm. Sempat lagi kalau nak join constest ni. Rugi tau kalau tak join. Sebab myboostapp akan pilih 10 orang bertuah untuk tunaikan hajat uols! You can ask for anything. Aaaaaaaanything! Up to RM2000!

Siapa nak bagi kan?

Senang sangat syarat nak join contest ni:
1. Follow ig @myboostapp.
2. Upload video/gambar berserta caption yang kreatif. 10 orang yang paling kreatif diorang akan makbulkan hajat! 1 orang boleh buat 1 entri je tau.
3. Jangan lupa letak hashtag #wishuponboost dan #dotheboost.

Ayu pun join!
Siapa baik hati sumbang love satu kali di video Ayu ok? Best betul contest ni. Seronok tengok entri orang lain. Semuanya kreatif!


Tanya laaaa kat mana mana pompuan, seterika kalau takdak, haru! Kacau mood satu hari. Kalau pi holiday, seboleh bolehnya nak hangkut seterika sekali. Camnilaaa Ayu tiap tiap hari Ahad. Seterika stok seminggu terus baju laki bini. Esok esok anak dah start masuk sekolah kena buat OT la malam Ahad. Depa kata tigapatlai boleh setel sekaligus guna seterika wap Philips ni. Tuah ayam nampak dikaki, kot tuah Ayu kat sini. 🙈 @myboostapp nak pilih 10 orang bertuah shoping 'aaaaaaanything' up to RM2000! Jadinya Ayu nak ambik peluang laaa. Seterika ni dah lama dah dok dalam wishlist. Lazada tengah bagi diskaun tu. Lebih beli seterika boleh shoping barang make up pulok! Bagi cukup RM2000. hahaha (sukahati aku ja. Harap harap tak langgaq t&c contest 🙈). Hampa kalau ada jugak hajat ni join laaa. Tak lama dah. 31 Januari depa nak umum pemenang. hehehehe #dotheboost #wishuponboost
A post shared by Siti Nuur Hidayu (@siti.nuur.hidayu) on

26 January 2018

Resepi Pancake Simple Sesangat!



Siapa suka makan pancake tapi tak suka masak? Hahahaha...

Meh Ayu tunjuk cara buat pancake. Senang ja. Tak perlu mixer pun. Bahan bahan just guna apa yang ada kat dapur je. Sukatan yang Ayu guna ni dapat dalam 7-8 keping pancake saiz sederhana. Ayu guna senduk nasi biasa ja masak atas non stick pan.

Tengok je video kat atas tu ok?

Selamat mencuba ye!

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM


SOUVENIRS YANG BAKAL DIBERIKAN :

3 x Fridge Magnet Pulau Jeju (3 Orang Pemenang)
5 x Keychain Khas Pulau Jeju (5 Orang Pemenang)

Sempat lagi Ayu join.
Harap harap dapat fridge magnet. heehehe

24 January 2018

Mandi manda di Teratak Tokwan, Kg Melayu Batu 16, Rawang

Siapa sangka dalam pekan Rawang ada tempat lepak best macamni. Bayar RM2 ja boleh hora horeyyy main air kat sini!


Ada beberapa kolam kat sini yang paras airnya berbeza. Ada paras buku lali, paras lutut, paras dada. Kolam besar yang ada gelongsor biru tu kedalaman dia bertambah, hujung kolam tokwan kata dalam dia 7 kaki. 

Kolam kolam ni semuanya adalah tadahan terisi dengan air sungai. Yup! Air sungai! Tak ada campuran klorin. Dan setiap hari kolam ditutup pada pukul 6 petang untuk proses pembersihan. Kalau ada yang tak rajin mandi air terjun/sungai, mungkin akan kata air hijau macam berlumut, macam kotor ja. Tak. Air dalam kolam ni memang direct tokwan buat piping direct daripada air bukit. Tokwan cakap warna air dalam kolam ni bergantung kepada keadaan. Kalau atas bukit nun hujan, boleh jadi air sungai yang tertadah dalam kolam ni berubah warna sikit. Yang Ayu pasti air dia.... Sejukkkkk! Brrr!

Image may contain: pool and outdoor

Gelongsor tu ya amat laju kalau naik dari atas. Kami dah testing. Untuk orang dewasa best laaa. Cuma tak berapa sesuai untuk kanak-kanak. Fateh pun takat tu ja la kami bagi naik. Entah dah berapa juta kali Fateh naik gelongsor tu. Selalu naik gelongsor kat taman permainan kering. Harini merasa laaa. Tangan habis kecut gigil gigil pun tak puas main lagi.


Ayu pergi weekdays. Hari Isnin. Balik daripada office lepas submit order penapis air Coway yang nak pasang bulan Januari, terus singgah sini. Heaven gilaaaa laaa kami anak beranak mandi takda orang! Tokwan kata untung la datang hari kerja. Kolam ni tiap tiap weekend penuhhh orang.

Ok sangat lepak sini. Tak payah pergi jauh jauh. Nak pergi sungai bahaya musim hujan. Dapat jugak nikmati air sejuk, fresh terus air sungai dalam kolam yang selamat. Tak risau batu sungai, pusar air, lubuk bagai. Tokwan kata hujan hujan pun selalunya selamber dekkk ja orang terus main air. Tapi kena hati hati jugak. Licin.

Image may contain: one or more people, basketball court and outdoor

Toilet, surau, tempat duduk banyak, tempat bbq pun ada (hanya untuk penyewa homestay). Siapa nak bermalam ya, homestay pun ada. Masa Ayu datang ni ada lagi renovation tengah dok buat. Nak tambah homestay barangkali.

Homestay tu Ayu tak sempat tanya tokwan rate harga dia sebab Fateh dah tak sabar sangat nak terjun main air. Tapi maklumat dari FB Teratak Tokwan:

Overnight 3pm-3pm : RM200
Day use 10am - 6pm : RM150

Maklumat lanjut atau tempahan boleh terus ke Official Facebook Page 
Teratak Tokwan.  Gambar-gambar kat bawah ni kredit to Official Facebook Page 

Image may contain: food
Tempat bbq disediakan hanya untuk penyewa homestay sahaja. Jangan risau, makanan daripada luar boleh bawa masuk. Cuma dilarang bawa makanan sampai ke kolam demi menjaga kebersihan 

Image may contain: house, sky and outdoor
homestay dari luar

Image may contain: tree and outdoor
Ada rumah pokok comel  kat sini. Bestnya kalau buat gathering berkelah 1 family

08 January 2018

Bawaklaaa anak pergi Kidzoona, Aeon Rawang! Puas hati!

Window Shoping dekat AEON Rawang. Tak ada plan apa pun. Saja bawak Fateh jalan jalan. Biar otak dia berkembang sikit. Sekali sekala kena bawak anak tengok dunia. Asyik mintak baby shark ja, stress mak!

Sampai tingkat atas, ternampak Kidzoona. Dulu pernah lalu, tapi masa tu Fateh baby lagi. Takda nafsu nak singgah. So, kali ni Ayu bawak Fateh 'menghabiskan bateri' dia kat sini since mak abah Fateh tak ada appointment. Fateh hora horey!

Masa mula mula sampai, Ayu tanya la sisturr dekat kaunter, berapa per entry?
Dia kata RM10 per entry. Masuk wajib pakai stokin. Alaa, stokin tak bawak. Masa ni dah saling jeling menjeling husband. Nak masuk ke tak nak. Since Fateh pon dah terkinja kinja macam cacing kepanasan bila tengok ramai kengkawan dia dalam tu, husband tunjuk sign layankan ja laa.

No automatic alt text available.
So total RM10 + RM3 (1 stoken budak) + RM8 (2 Stoken dewasa). Oh, ramai member Ayu cakap Kidzoona tempat lain mahal lagi dari ni. Kah! Untung orang Rawang.

No automatic alt text available.
'syurga' diorang laaa kat sini

No automatic alt text available.
Ada kawasan pasir sintetik, bongkah magnetik, pastu ada tempat apa tah boleh tekap muka

Fateh suka sangat main pasir sintetik ni. Terus cakap kat husband ''boleh beli ni, yang'' Husband balas "kalau nak rasa berumah di tepi pantai boleh laaa beli" Kah!

No automatic alt text available.
Tempat paling cute Ayu rasa. Ada sushi bar, burgershop, hospital, supermarket... Lengkap satu macam satu bandar!

Bukan Fateh ja seronok main. Mak abah Fateh pon join sekaki tau.

Cashier machine tu berfungsi tau. Bukan mainan bodobodo. Ayu sukaaa sangat!

Shoping barang basah ye Fateh~

No automatic alt text available.
Ada kereta, ada motor...

Imagine Ayu start check in Kidzoona dari pukul 3 petang sampai pukul 6 petang. Sampai boleh berkenalan lah dengan orang jaga kaunter tu. Elok ja nak keluar planning nak pegi solat, makan dan balik, sisturr kaunter tu tanya,

"nak masuk balik tak lepas ni?"

Then masa ni Ayu macam wow! Boleh keluar masuk sesuka hati! Then ofkoz Ayu bagitau nak masuk balik. Gila kau, RM21 kot. Boleh makan satu hari sampai kenyang tu. Kalau perasan gambar Fateh sekejap baju lain, sekejap baju lain. Bukan pergi lain hari tau. 1 hari ja. Pembetulan. Sehari suntuk! Siap keluar mandi, makan, solat, lepastu masuk main balik. Kah! 

Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Terbaring kepenatan. Tapi bila diajak balik, terus bangun sambung main balikkk

Lepas break kejap, masuk balik dalam lepas maghrib. Fateh terus berhuhaaa sampai ke pukul 9 malam. Yang sebenarnya mak bapak Fateh yang gibab dah. Tak lalu dah nak menunggu. Kaki dah krem ya amat. Handphone pun dah full charge kat dalam ni menunggu Fateh tak habis habis main. 

Apa pun, Ayu just nak kongsi NILAI yang kidzoona bagi ni lebih besar dari nilai RM21 yang Ayu bayar dekat dia awal awal tadi. Dengan fasiliti dia yang best, ada tempat cas fon, dan kawasan playground yang superb, Ayu puas hati dan infact, RM21 bayar check in tadi terasa kecik pulak amountnya.

Buat parents yang nak otak anak dia berkembang, Ayu suggestkan cuba kidzoona ni. Spend la satu hari dengan diorang, bukan luak pun duit dalam akaun tu. Kan?

07 January 2018

Cara bayar bil Coway Online

Sebab claim diri sendiri 'professional sales advisor', harus lah ada entri yang terpenting ni kat blog. Siapa ada produk Coway kat rumah angkat tangan! Yey! Terima kasih uols support Coway! hehehe

Firstly, Ayu nak bagitau siapa yang beli produk Coway dengan pakej lengkap sewa beli ie bayar bulanan, auto debit from saving account/debitcard/credit card is compulsory. Setiap bulan, Coway akan buat 3 kali cubaan untuk tolak duit bayaran. Selalunya awal, tengah & akhir bulan. Kalau 3 bulan berturut turut Coway gagal tolak duit bayaran, sistem auto debit akan off automatik. Dan bulan seterusnya, akan dikenakan RM10 handling fees. Memang itu rules yang Coway tetapkan. Janganlah marah Ayu tau. huhuhu

So!
Ayu nak tolong uols ni. Kalau ada bayaran Coway tertunggak, boleh clearkan bil melalui online banking via JomPAY Maybank2u. Senang ja.

Step 1: Login akaun maybank2u macam biasa. Lepastu, klik 'Bill Payment'


Step 2: Klik 'JomPAY'


Step 3: Klik 'Make a one-off payment'


Step 4: Masukkan jumlah bil yang uols nak bayar. Pilih ‘From Account’ uols.  Di bahagian ‘Biller Code’ isi 9928. Ini adalah code tetap untuk syarikat Coway.

Di bahagian ‘Ref 1’, uols  perlu isi code akaun produk. Code ni uols boleh dapat daripada agent dengan siapa uols beli. Sebab semua details uols, hanya agent tu sahaja ada akses dalam sistem. Dah lost contact dengan agent tu?

Takpa, jangan risau. Boleh terus call Coway Hotline 1800-88-8111. Minta je nombor code akaun produk uols kat operator tu cakap nak buat bill payment dekat JomPAY. 




Lepas bayar bil, andai kata nak sistem autodebit dah tak jalan, uols boleh call Coway Hotline jugak. Mintak untuk sambungkan balik autodebit setiap bulan. Rugi tu RM10 setiap bulan extra charge kalau teruskan manual payment. Teruskan ja dengan auto debit. Nanti takde la lupa nak bayar lagi. Kan? ;) 

Clear kan?
Kalau tak clear, perlukan bantuan, whatsapp ja Ayu anytime k!
011 320 88344
Professional Sales Advisor,
Coway HQ KL

Segment: Increase Your Followers by Que

Segmen tamat pada 13 Jan 2018

Sebab blog ni pun baru nak bernafas semula lepas beberapa tahun bersawang. So harussss Ayu join segmen begini. Kah! Jom join reramai! 

Pyka First Birthday Giveaway


Tarikh tamat Giveaway: 14 januari 2018
Klik banner tau kalau nak join. 

First of all, Happy Birthday Pyka! Sweet 20! Semoga  Pyka sentiasa sihat & sentiasa berada di bawah payung rahmat Ilahi. Ayu doakan Pyka dimurah rezeki dan dipanjangkan umur. 

Blog Pyka simple. Ayu suka! Loading pun cepat ja. Tak serabut dengan macam macam widget. Kalau Pyka nak buat improvement pada layout pun, Ayu rasa Pyka cuma tambah 'sempadan' je antara widget & posting. Biar nampak terasing & lebih kemas gitu.

Ok Pyka?
Keep in touch ya! ;)
HADIAH MENARIK !
Sebuah komik yang bertajuk 'HADIAH' daripada Alumni KUIS iaitu Saudari Ameera Mirinin berserta hadiah misteri
2 buah Muslim Planner 2018 yang sangat cantik dan menarik

Resume cantik RM10 je

Image may contain: 1 person

Stylo tak resume ni? hehehe
Ayu design sendiri untuk husband ni. Husband request buatkan resume dia. Lepas buat resume dia, eh eh ramai pulak kawan kawan dia tempah suruh Ayu designkan jugak resume diorang. Apesal semua nak buat resume ni? Nak tukar tempat kerja berjemaah ke? hahaha

Ada ke yang berminat nak tempah resume ala ala macam ni?
Kalau ada yang nak buat, emel je resume lama atau details yang nak letak dalam resume ke 
nuur6890@gmail.com

atau boleh terus whatsapp Ayu
011 320 88344

Proses buat resume:

1. Resume yang dah siap draft Ayu akan emelkan dalam bentuk jpeg (bergambar) kepada tuan empunya untuk check details. Kalau ada yang kena edit, nak tukar color atau design, just reply emel yang sama berserta butiran.

2. Draft kedua Ayu akan emel untuk last check. Bila dah puas hati & finalized, baru uols transfer upah pada Ayu. Sebab skill Ayu ni belum diiktiraf, Ayu caj RM10 je untuk design resume. Murah je kan. hehehe

3. Lepas payment diterima, Ayu akan emel the real resume dalam bentuk pdf.

Segala maklumat kekal p&c.
Jangan risau ok?

Birthday Giveaway by Mamapipie


Tarikh tamat giveaway:  25 January pukul 9.10 malam
hadiah utama buku/majalah/novel/Al-Quran berharga RM50 terbitan Karangkraf.

Selamat Hari Lahir Mamapipie!

Ayu sekarang memang tengah study bab bento untuk anak. Sebab tak lama lagi Fateh nak masuk playschool. Ayu rasa insecure sikit bab makan ni. So Ayu decide nak prepare bekal makanan daripada rumah. Sebab risau Fateh food picky kat school nanti. Atleast, Ayu tau apa yang Fateh suka makan. 

Cari punya cari, blog mamapipie listed dalam google seacrh Ayu. Entri yang paling buat Ayu ingat mamapipie dan antara entri yang Ayu suka

Moga ada rezeki Ayu dapat hadiah utama. hehehe Amiiin.

GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ


Tarikh tutup Giveaway: 31 Januari 2018

HADIAH:
RM10 topup to 2 person
Notebook with Doodle Cover by me for 2 person
A set of Makeup Brush (7 brush in it) for 1 person

05 January 2018

Azra Grill Bus, Simpang Sg Choh, Rawang

Sesekali layan kedai makan hipster best jugak. hehehe. Kalini Ayu singgah Azra Grill Bus. Betul betul dekat simpang tiga Sungai Buaya-Serendah-Sungai Choh. Dah lama dah usha bas sekolah kuning tu. Mana tak nya, setiap kali nak pergi kerja memang lalu. Ni baru ada peluang nak singgah. Orang yang paling excited mesti laa Fateh!

Kononnya bas bergerak. Semua orang Fateh lambai. Padahal kereta kat main road yang bergerak. hahahaha

Comel & simple je deko dalam bas ni. Budak budak memang seronok laaa datang makan kat sini. Fateh turun naik tangga bas tu tak tau laa dah berapa ribu kali. Rezeki time Ayu pergi ttak da orang dalam bas. Betul betul Ayu, husband & Fateh je. So sempat laaa berposing sakan dalam bas.

Nasib laaa bila ada anak lelaki, maknya posing dengan anak je. Gambar dengan abahnye semua goyang. Tak menjadi. Cemana? Baru nak snap, dah kena ligan budak bertuah ni. 


Ayu order chicken grilled
 Just nice portion dia berbaloi dengan harga. RM13 ja! 
Daging ayam juicy sangat. Kuah blackpepper sedap. 


Tak pernah rasa daging rusa. So husband order laa rusa grilled. Bagi Ayu kalau mahal sikit pun tak apa. Sebab tak puas makan daging rusa ni! hehehe. Harga RM15 ja. Padan laa kan. Tapi kalau mahal sikit + portion lebih Ayu rasa lagi best & menu ni akan meletop. Sebab sedappp sangat perapan daging rusa tu. Daging pun juicy.


 Sebab kami bertiga ni hantu kentang putar, kami order extra laaa. hehehe. Biasanya kalau kat KFC, 2 bekas Large whipped potato wajib kena order. Makan sampai bulat! Kentang putar kat sini pun sedap. Setanding rasa macam whipped potato KFC.


Lepas makan, sesi melepap sementara laaa bila dah kenyang. Ada port untuk Fateh main. Bagi can dia bersukaria dalam dunia fantasi dia. hehehe. Kalau datang beramai ramai tak muat makan dalam bas, restoran ni lapang je. Banyak tempat duduk selesa. Layanan dari staf pun mesra. Overall, Just nice & boleh repeat!!! hehehe