06 April 2018

Racun tikus paling power!

Haritu masa Ayu balik kampung hampir 2 minggu. Nak tau tak apa jadi? Koridor belakang rumah tempat Ayu ketung ketang masak hari hari jadi tempat hora horay Cik Ti. Berani dia tebuk jaring masa Ayu tak ada kat rumah yeee.

No automatic alt text available.

Dalam seminggu lebih jugak laaa macam-macam teknik Ayu buat tapi sekor pun tak sangkut. Macam-macam umpan Ayu dah letak. Langsung tak terusik.
Perangkap tikus manual.
Perangkap jenis gam.
Tabur black pepper.
Yang geramnya, puak Cik Ti ni berkumpul bawah mesin basuh. Tak tau laa kenapa kat situ paling best dia nak bina sarang dia. Berkumpul segala semak samun sampah dia kutip letak bawah mesin basuh. Patut laaa mesin basuh Ayu bau tak sedap. Segala macam sampah baunya dah naik meruap. Berkali-kali repeat basuh baju pun tak wangi.

Lepastu jumpa Racun Tikus Victory. Ayu nekad kalau setel problem Cik Ti kat rumah ni, Ayu nak sign up jadi ejen terus tolong marketkan racun ni! Sebab tengok testimoni racun ni semua power-power. Geram jugak tengok. Korang boleh tengok kat facebook lain-lain testimoni. Kat LAZADA pun ada.

Sampai je racun, terus semangat Ayu letak 1-2 sudu besar kat beberapa hotspot yang selalu tikus bertandang. Dannnn... ni lah hasil 'memancing'.

Puas hati! Malam pertama terus kena 2 ekor. Malam 2nd mungkin tikus ni baru lepas makan racun. Dia belum mati. Tengah lalok tak boleh jalan jauh dah.


Kalau nak tau racun ni ada ramuan khas yang boleh tarik tikus untuk makan. Ramuan tu digaul mesra dengan biji gandum gred A. Tikus takkan pandang sepi punya. Barang baik mesti dia makan. Bila makan jer racun ni, dia tak mati tempat tersorok. Dia akan mati tak jauh tempat kita letak racun tu.
Mati tak merata, jadi senang nak buang bangkai dia. Ni tikus malam kedua kat rumah Ayu. Tengok jarak dia lalok dari racun. Haaa, power ke tak power?


Kecik kecik cili padi orang cakap. 1 peket 50g ni nampak je sikit. Tapi sampai sekarang racun yang Ayu letak tak luak pun tikus makan. Ada lebih lagi ni ha. Bayang tikus pun dah tak nampak dah. Mesin basuh Ayu pun dah takdak kesan kehadiran puak Cik Ti. Jadi, macam niat Ayu awal-awal tadi. Dengan ini, secara rasminya Ayu ejen sah berdaftar untuk pasarkan racun tikus power ni. hohohoho.

Kalau rumah korang ada masalah tikus jugak, tak payah susah-susah nak bela kucing. Kucing pun dah tak nak makan tikus dah sekarang. Dah moden. Semua nak makanan proses dan terhidang didepan mata. Dah payah dah nak jumpa kucing yang ada survival tinggi main aci ligan 'makanan' dia. Hahaha.

Ayu bagitahu harga terus ni.
Senang korang nak order. Tak payah banyak tanya dah.
1 peket RM45
Promosi beli 2 peket RM65 
*harga DAH termasuk postage*

Nak order racun power ni, terus ja klik :



28 March 2018

Scrambled Tofu

Bila dah start diet vegan ni, kadang terliur jugak bila masakkan scrambled egg untuk encik suami & Fateh. Tapi, sabarrr. sabarrr. Masa dok skrol Instagram cari resepi vegan menu yang best, terjumpa pengganti scrambled egg. Guna tofu!



Ayu beli kat NSK Rm1.50 je. Lupa pulak nak ambil gambar silken tofu ni. Alaa, kalau korang jenjalan kat cold storage, ada tofu ni duduk sebaris dengan japanese tofu dalam plastik petak. Nextime laa Ayu letak gambar tofu ni k.

Ayu jumpa resepi ni kat Instagram Tasty Vegetarian ni ha. Senang je caranya.


Tapi Ayu ubah sikit ikut selera anak tekak. Ayu grill tofu ni dengan blackpepper, bawang hollen & garam sikit. Rasa dia, tak jauh beza dengan scrambled egg! Boleh makan dengan roti/wrap!

Ahhhh, Craving satisfied!

14 March 2018

Diet Ayu - I'm a vegan newbie

Alhamdulillah, harini genap seminggu hari ke-8 Ayu start praktis vegan diet.

Pasaipa Ayu tekad nak ubah diet ni?
Sepanjang umur hampir nak cecah 28 tahun ni, Ayu tak pernah betul-betul jaga makan. Last masa Ayu pregnantkan Fateh dulu ada laaa pantang junk & processed food. Itupun ada jugak curi-curi. hehehe. So,  kalini Ayu tak pandang ke belakang dah. Omputih kata, 'every accomplishment starts with the decision to try'. So, here I am!

Salah satu vegan menu lunch yang simple. Nasi separuh, sayur separuh! hehehe

Dalam banyak-banyak jenis diet, pasaipa pilih Vegan?
Target Ayu bukan nak kurus tau! Berat Ayu ideal. No problem. Misi Ayu pilih vegan diet, sebab ada kajian dairy products antara yang trigger auto-immune disease/disorder. So macam Ayu, ada kemungkinan selama ni Ayu dok gila minum susu, makan cheese tak ingat donia telah menyebabkan Vitiligo makin agresif. So, Ayu nak tengok kesan Ayu praktis vegan diet ni manatau ada positive effect pada vitiligo dalam beberapa bulan ni... or maybe bertahun. hewhewhew

credit
Mula-mula Ayu tak serius pun nak pantang, nak jadi cerita ada 1 hari, dapat rezki lepak lunch dengan member encik suami. Salah seorang member dia adalah vegan. Biasalah, Ayu nak mula diet ni dulu pun ada rasa skeptikal sikit bila orang kata tak makan daging, tak makan ayam, Ayu tertanya-tanya jugak, cukup ke protein intake? Tapi sebenarnya bila kita belajar, keep gali ilmu-ilmu nutrisi, makanan plant-based pun banyak boleh supply protein!

Ni laaa orangnya, pencetus inspirasi untuk Ayu try switch diet.
Ce tengok, ada nampak dia macam orang tak cukup protein ke? Siap Mesotropin ambil sebagai duta lagi tau! Boleh follow dia di Ig & tengok apa yang dia makan.

A post shared by AkmalAli (@akmalhakimali) on

Aippp, jangan tengok lelama. Iman goyah nanti. Hahahaha. Tapi ni la perjuangan Ayu. Cewah! Apa-apapun, sepanjang diet ni Ayu akan terus belajar dan terus belajar. Memang ada certains nutrisi plant-based food tak dapat nak bekalkan. So yang tu Ayu kena topup cara lain. Ni kicik punyak halll. hehehe

Seronok tau tukar diet ni. Banyak ilmu Ayu dapat. Masak pun jadi seronok sekarang. Takde laaa boring ngadap lauk yang sama ja. hehehe. Tapi, encik suami & Fateh tetap makan macam biasa. Ayu sorang ja switch diet ni.

Vegan & Vegetarian lain ke?
Apa yang Ayu tau, lain.

Vegetarian tak makan daging/ayam. Tapi ada certain vegetarian minum susu jugak. Telur pun diorang makan.

Tapi vegan ni macam hardcore sikit. So, Ayu sekarang memang langsung tak ambil any animal products. Daging lembu, kambing, ayam. Even susu, cheese, telur pun Ayu avoid. Ayu cuma makan sayur, buah, kekacang. Nasi ofkozz la. Kita orang Malaysia mana boleh tak makan nasi. hehehe. So pasta, bihun, mee semua Ayu boleh makan tapi dengan syarat tak ada unsur-unsur animal by products termasuk seafood.

So, next entry korang akan selalu lah tengok Ayu akan update menu-menu vegan. Ada yang berani nak join Ayu tak? hehehe

Gombak Strongestman 2018

Baru selang seminggu balik daripada Strongestman Challenge Tuaran, Sabah, encik suami join game lagi. 

10 Mac - Gombak Strongestman 2018 kalini berlangsung di Dataran SMK Sungai Pusu bersempena event bersama Yang Berhormat. 

Biasalahhh... timing macam ni. Faham kannnn. hehehe. Jadi kita sebagai rakyat, sambut & terima dengan tangan terbukaaaa. Jangan banyak cakap. hahaha


Alhamdulillah, dalam game kalini encik suami dapat top 10. Nombor 8 out of 23 contestans. Game di Gombak ni puas hati laaa dapat tengok banyak improvement dalam prestasi encik suami especially timing untuk routine 'farmer walk', kalau nak compare game di Sabah haritu, timing di Gombak ni memang jauh bezaaa. Maybe sebab Ayu ada support sama. Kat Sabah haritu kan Ayu tak dapat join pergi. kikiki.

Congratz, my love! Insyaallah, next game kita target top 5 pulak. Just focus & keep training. Create stronger version of you! I'll always support you~
Next game, 24 & 25 Mac - Nelayan Strongman Challenge di Kuala Selangor. Haaaa, siapa takda apa-apa aktiviti jom ramai-ramai lepak di Kompleks LKIM, Kuala Selangor. Boleh jumpa kat sana!

Nah, korang layan laaa sedutan routines game di Gombak baru-baru ni.

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

Syarat giveaway Lea senang ja. Tapi hadiah-hadiah perghhh. Menarik semuanya! Hopefully ada rezki Ayu kat sini. Amiiin! Jom ramai-ramai meriahkan giveaway ni. 

Klik banner, k!


Giveaway Hi Nona!


 Jom ramai-ramai join giveaway Nona manis sorang ni! Hadiah-hadiah bestttt gilaaa! Hadiah lipsmatte tu mengancam sungguh! Harap harap ada rezki Ayu tambah koleksi lipsmatte. hehehe.

By the way, Happy birthday, Nona! Ayu doakan semoga sentiasa dirahmati Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik & rezki yang melimpah ruah. Amiiin! 

Let's keep in touch, dear!

Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi


Hadiah misteri tau. Bikin lagi excited. Jom ramai ramai join GA Ray. 
Klik banner k!

By the way, happy belated birthday, Ray! May all your wishes come true! 

06 March 2018

Suami di Sabah, Ayu di Selama!

Seminggu encik suami di Sabah, alhamdulillah diberi kesempatan meluangkan masa dengan family di kampung. Anyway, kampung Ayu di Selama, Perak. Siapa tau Selama tu kat mana?

Bila Ayu sebut Selama, ramai tak pernah dengar. Tapi bila sebut Taiping baru "Ohhh". Selama & Taiping ni dalam 1 daerah. Daerah Larut Matang & Selama. Haaa, baru perasan kan?

Selama ni, dia macam duduk tengah tengah tau. Nak pergi Kedah dekat, nak pergi Penang pun dekat. Guna jalan lama je. Tak payah naik highway. Paling best, sebenarnya di Selama ada baaaanyak lata. Lata ni air terjun kalau ada yang tak tau.

Seminggu Ayu ada di Selama, sempat laa Ayu & family berkelah di Lata Damak. Berkelah hari orang lain bekerja. Heaven laaa.

belum cukup lagi family Ayu ni. Abah & 2 orang beradik Ayu tak dapat join berkelah
Lata Rambung,
Lata Damak,
Lata Panggung,
Lata Mengkuang,
Lata Tebing Tinggi,
Ni baru 5 air terjun yang diiktiraf majlis daerah sebagai destinasi menarik. Sebenarnya ada berbelas-belas lagi air terjun di Selama yang belum di eksploitasi. Haaa, nak pergi hiking & air terjun di tempat yang tak ramai lagi orang explore, kena laa tanya tanya orang kampung tau. Malu bertanya, sesat jalan!

Bibir dah biru pun tak puas lagi nak mandi air fresh. Bukan selalu kan
Kalau berkelah, Ayu cadangkan bawak nasi putih, gulai ayam & sambal ikan masin. Lauk ni kalau tengah sejuk sejuk berendam dalam air, makan tepi sungai, tak sedar tau tambah nasik 3-4 pinggan
Dalam excited tu, jangan lupa. prepare bawak plastik beg. Bukan untuk baju basah ja, tapi untuk sampah sampah yang kita buat. Cawan pinggan plastik, sisa makanan, plastik cekedis. Setakat nak basuh tangan dalam sungai lepas makan tak kisah. Tapi tulang ayam, kerak nasik tak payah laaa buang dalam sungai. Selalunya sampah-sampah ni ditinggalkan ja lepas berkelah. Kesian next orang lain datang, dah tak seronok dengan sampah bersepah-sepah tu. Selesai berkelah, bawak balik sampah. Jumpa tong sampah besar, baru buang. Simple kan?

Sama-sama kita jaga sungai kita. 
Barulaa sungai cantik sampai anak cucu cicit kita nanti!



Yang ni pun penting jugak. Mana yang acah acah laki bini tu, beringat ingat. Nak berkelah dengan kengkawan pun, jaga batas pergaulan ok? Kalau piham berkuasa tak nampak pun, Allah nampakkkk~


05 March 2018

Strongestman Challenge Tuaran, Sabah 3&4 Mac 2018

Hai.

Alhamdulillah suami Ayu selamat balik kepangkuan selepas seminggu berjauhan. hahaha. Siapa tak sayang laki oiii~

Cerita dari suami Ayu, ramai atlit kecewa game di Tuaran, Sabah ni. Masa game ni diwar-warkan, organizer bagitahu game kalini terbuka HANYA untuk atlit novice ja. Siapa yang dah pernah champion dalam mana mana pertandingan tak layak masuk. Ramai jugak laa atlit atlit daripada semenanjung datang cuba nasib sebab hadiah lumayan beb. Hadiah champion RM2 500. Nombor 1-10 pun dapat hadiah RM jugak.

Tapi first day pertandingan, dipendekkan cerita ada sekumpulan atlit otai dan pernah champion dapat masuk bertanding jugak. Tak tau laa macamana diorang sembang dengan organizer. Dah la daftar on the same day pertandingan mula. Total atlit bertanding haritu 32 orang. Yang menang? Nombor 1-10 Ofcourse laaa geng atlit otai.

Tak patut kan?
Benda dah jadi. Pandai pandai lahhh diorang setel kemudian hari sebab ramai gila orang tak puas hati. Tambah tambah atlit yang terbang dari semenanjung laa. Dengar kata atlit yang menang dalam pertandingan kalini akan kena banned terus daripada mana mana pertanding. Hambikkk.

By the way, suami Ayu dapat nombor 12 out of 32 contestants. Proud of him! Walaupun ada kes tak best. Tapi Ayu bangga dengan pencapaian dia. Not bad laaa. Kalau laaa organizer haritu tegas pendirian tak bagi geng atlit otai masuk bertanding, boleh dapat top 3 dah suami Ayu. hehehe

Takpa. Ada banyakkkk lagi game lepas ni. Kita fokus yang kedepan pulak. Ni  rutin-rutin yang dipertandingkan sepanjang 2 hari suami Ayu kat sana.

1. Tyre flip 350kg
2. Farmer walk 80kg/hand

3. Truck pull 3 tan (arm over arm)

A post shared by RY (@raja.yusaini) on

4. Log press 80kg

A post shared by RY (@raja.yusaini) on

5. Duck walk 90kg

A post shared by RY (@raja.yusaini) on

6. Car (Toyotal GL) deadlift

A post shared by RY (@raja.yusaini) on

01 March 2018

Cerita Ayu keluar Majalah Wanita

28 February 2018

World Rare Disease Day

Setiap tahun di penghujung bulan Februari merupakan World Rare Disease Day. Dan harini 28 Februari, adalah hari untuk korang semua harus tahu keberadaan kami yang 'istimewa' ni. For the record, 1 daripada 20 orang manusia tergolong dalam rare disease dan dalam dunia ni ada lebih 7 RIBU jenis rare disease!

Berdirinya Ayu disini (nampak keee Ayu tengah berdiri ni.. ) mewakili golongan pesakit Vitiligo. Kami yang disahkan dengan Vitiligo mempunyai tona kulit tak sekata, bertompok-tompok sebab badan kami tak mampu menghasilkan pigment kulit yang beri warna kulit macam manusia normal.


Kulit kami cuma tak ada warna disesetengah bahagian badan. Tu ja. Vitiligo tak sakit, tak berjangkit, tak gatal, tak bagi kesan pun pada aktiviti fizikal kami melainkan mental kami saja yang selalu terkesan dengan kata kata daripada mulut yang takda insurans! Malah kami sering jadi mangsa jurujual tak bertanggungjawab, tak beretika yang selalu ambil kesempatan atas keadaan ni.

Tak ada siapa yang boleh tutup mulut orang lain dan tak ada siapa boleh kawal apa orang lain nak buat melainkan diri sendiri.

So harini, Ayu menyeru kepada semua yang senasib dengan Ayu, 
Jangan sedih, Jangan takut,Jangan kecewa,
Tuhan pilih kita, kita teristimewa,
Kelak disyurga kita berseri, bahagia,
Andai didunia sementara kita sabar dan redho dengan ujian dariNya.

Dikesempatan ini, Ayu nak zahirkan rasa cinta dan sayang yang tak berbelah bahagi terutama sekali kepada suami tercinta a.k.a best friend till jannah Raja Yusaini, ucapan cintan cintun baca kat whatsapp ja la noh. Satgi tulis kat sini orang muntah hijau. hahahaha

buat mak, abah, Ahmad Fardeal, Mustaqim Muhammad Siti Faeznur Siti Nadiah Siti Najihah Muhammad Ahmad Aiman Sepekk tak ada siapa pun kat dunia ni yang boleh gantikan hampa semua.

Tak lupa jugak keluarga mertua Engku Atuk Yusniza Raja Yusop Raja YusnizanRaja Yusnizam Nor Azira Said Hezree yang terima Ayu seadanya dan tak pernah sekali pun persoalkan fizikal dan penyakit Ayu!

Moga Allah sentiasa merahmati kita sekeluarga.

Siapa family & friends yang tergolong dalam rare conditions? Klik:
World Rare Disease Day
untuk View & Share video ni (cari Ayu kat 02:18 )
Tag diorang dan ceritakan pada dunia betapa istimewanya dia. 

23 February 2018

Bayar bil & Beli Topup, Dapat Rebate!

Selama ni bayar bil air, bil letrik, bil phone, topup second number... Pernah dapat rebate tak? Tak pernah kan. Kali ni Ayu nak share satu sistem bila uols bayar bil atau beli topup, uols dapat rebate. Weeeehu!

Jangan risau!
Ni bukan skim cepat kaya, labur sampai lebuh ataupun MLM. Sistem Mypay2u ni diperkenalkan oleh syarikat MyShop Marketing Sdn Bhd yang didaftarkan di alamat Suite 12B-9, 12B Floor, Wisma Zelan, No 1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia. 

Mypay2u ni lebih kurang macam Jompay dalam online bankin kita tu. Bezanya, dengan mypay2u kita boleh dapat rebate daripada perbelanjaan kita. Setakat ni, dengan mypay2u kita boleh topup hampir semua rangkaian yang ada dalam Malaysia:



Dengan mypay2u jugak kita boleh bayar bil-bil ni:





Dari masa ke semasa, ada banyak lagi yang akan ditambah dalam senarai. Lepas ni nak bayar insurans kereta, voucher tesco, aeon semua boleh dapat guna mypay2u. Senang kan? Bayar kat satu tempat je semua. Dapat rebate pulak tu!

Paling best yang uols kena tau, nak guna mypay2u ni cuma daftar guna email je. and it is FREE! PERCUMA!

PENDAFTARAN

1. Klik link bawah ni dan terus isi maklumat ringkas yang diminta
Daftar Mypay2u PERCUMA

2. Check email yang uols daftarkan tadi, dan tekan link verification untuk aktifkan akaun. Lepastu boleh login guna email. Password adalah nombor telefon yang uols daftarkan bermula dari 601********

3. Dah boleh mula guna mypay2u!

CARA GUNA MYPAY2U

1. Deposit cash di mesin atau transfer online minimum RM50 ke akaun 
SYARIKAT MYSHOP MARKETING SDN BHD
514365654859 (Maybank)
Ambil gambar resit atau screenshot bukti transaksi

2. Login mypay2u macam biasa

3. Di bahagian Menu - klik Wallet > Spending Wallet > Reload


4. Isikan berapa jumlah wang yang kita transfer tadi dan upload slip bankin atau screenshot transaksi tadi. Masukkan password uols. Dan klik 'Request'. 


Pengesahan akan dibuat setiap hari pada pukul 9am dan 3pm kecuali hari Sabtu Ahad. Kalau uols bankin pukul 7am, insyaallah sebelum pukul 9 dah masuk dalam e-wallet uols. Jangan lupa. Hari Sabtu Ahad cuti tau. So hari Jumaat reload cukup cukup. 

Jangan risau, setiap transaksi yang gagal, pending dan berjaya uols boleh tengok di bahagian history. Kat bawah ni contoh Ayu reload RM50 masuk dalam akaun. Lepas tu, boleh terus guna untuk bayar bil atau beli topup bila bila pun boleh termasuk hari cuti. Janji dalam e-wallet baki mencukupi.

Bank in RM50, guna RM50.
Bank in RM 300, guna RM300.
Jangan risau. Tak ada caj tambahan apa apa pun. Kalau ada masalah, boleh terus call hotline company 03-9174 7199


REBATE & INCENTIVE

Part paling ditunggu tunggu kan? hehehe
Jumlah rebate tak sama tau. Kat bawah ni contoh Ayu topup RM10 untuk Umobile, Celcom & Maxis. Haaa, nampak? Keluar duit RM30, dapat rebate RM1.20. Siapa nak bagi kan. Selama ni topup tak dapat apa apa pun. Ini baru topup, kalau bayar bil astro, bil letrik, bil air yang ratus ratus tu. Agak agak berapa ringgit rebate kita boleh dapat?

Guna sendiri boleh, nak jual topup & buat servis bayar bil untuk jiran pun boleh! Tak payah jiran keluar rumah jauh jauh nak bayar bil. Kita pun.... kaching! Rebate terkumpul cukup RM50 boleh cashout ke bank kita.



Ada lagi part laaaaagi best!
Selain rebate, uols boleh dapat incentive kalau perkenalkan family & friends sama sama register mypay2u. Haaa, Siapa dah register, komen kat bawah entri ni. Ayu bagitau part incentive ni pulak. hehehehe.

Best tak?
Kalau best, share dengan kengkawan uols!

22 February 2018

Review Ikhlas: e-book Mommy Hana memang ohsem!

Hai!

Ayu nak share 'gajet' terbaru Fateh. hehehe. Mujur belum beli mp4 lagi. Biasalah budak budak sekarang. Umur belum setahun dah pandai demand nak smartphone. Masa Fateh lahir dulu Ayu sukaaa sangat layan video video anak cerdik Tomok, si Arrian tu. Pandai sungguh dia. Petah bercakap serba serbi pandai belajar guna tab. So bila Fateh lahir, niat Ayu jadikan Fateh macam Arrian la kononnya.

Syaratnya ada limit dan Ayu akan tengok & enjoy the videos sama sama dengan Fateh. Sebut sama sama. Nyanyi sama sama. Tapi selalunya terbabas. Biasalah uols bila anak respon cecomel dengan video, mak bapak pun excited enjoy. Tetiba dapat panggilan dari customer, kadang tu Ayu tinggal berdua kat rumah time nak masak Fateh cranky. Antara jadi punca laa Fateh berlama lama tengok gajet. Haih.

Ayu tak nafi, Fateh belum umur setahun dah kenal abc, colors & 123. Walaupun belum pandai cakap, tapi Fateh respon dengan tepat bila Ayu soal. Problem gajet ni mula bila Fateh masuk umur 2 tahun. 

Ten.. Ten.. Tennn...

Omputih kata bila anak masuk umur 2 tahun ni fasa 'terrible two'. Sebab masa ni emosi anak anak dah mula develop. Siapa ada anak, memang faham sangat bab tantrum ni. Bila Fateh tak puas tengok phone, dia punya mengamuk boleh terbalik rumah! Kadang kadang berjaya laa trick pujuk alih perhatian Fateh dengan benda lain, kadang kadang tak menjadi jugak. 

Image may contain: 1 person

Tapi sejak ada e-book Mommy Hana ni... Ayu dah boleh tarik nafas panjang! Alahmdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Masih belum terlambat lagi Ayu nak didik Fateh jangan nak melekat dengan phone. Ayu pun dah boleh layan pm customer dengan tenang dengan adanya e-book ni. 

E-book Mommy Hana ni mudah sangat nak guna. Buttons & functions dia simple sangat nak faham. Even Fateh ambil tak sampai setengah hari dah terer guna on sendiri. Basically e-book Mommy Hana ada ABC, 123, colors, shape, animals, transportations, things... banyak lagi! Ada 2 bahasa: BM & BI. Part animals tu siap ada bunyi lagi. Ayu pun excited join Fateh belajar. Siap ada button lagu kanak-kanak tau.

No automatic alt text available.

E-book Mommy Hana bukan ajak anak sama sama sebut je, ada quiz button jugak macam Fateh tengah jawab ni. Ada soalan, dan Fateh akan jawab dengan tekan pada jawapan. Tekan dengan jari pun boleh walaupun dapat freegift pen dan marker pen sebagai alat bantuan. 

Impressive! Tak sampai seminggu Fateh boleh jawab semua soalan yang. Yang Fateh dah terer tu no wonder la. Tapi ada banyak lagi sebenarnya yang Fateh belum belajar ada dalam e-book Mommy Hana. Tak sampai seminggu dah khatam! Otak budak2 betul la kan. macam span! 


Ada yang lagi lagi lagi best dalam e-book Mommy Hana jugak ada bacaan surah2 lazim, doa2 harian & belajar wuduk & solat! Mudah betul dengan e-book Mommy Hana. Ayu rasa ni adalah antara yang terbaik nak dijadikan hadiah untuk siapa yang baru bersalin. 

Ayu beli E-book Mommy Hana dengan harga RM69. Harga asal RM99. Tengah promosi lagi ni. Siapa berminat boleh terus contact/whatsapp 
Kak Alya 012-7373753

Pesan Ayu, dari awal seboleh bolehnya jangan mula bagi phone pada baby. Walaupun untuk education. Kesan yang TAK baik lagi banyak dari kesan yang baik. Ayu sendiri dah rasa. Jangan jadi macam Ayu ambik jalan pintas nak ajar anak. Ada banyak cara lagi ada selain ajar guna smartphone. Anak ni, sebenarnya dia nak kita main sama sama dengan dia. Tak lama pun, dapat main sesama 30 minit boelh tengok macamana happy mood anak boleh pegi satu hari tu. Yang penting quality. 

Sama sama kita improve skill parenting kita ok? ;)

11 February 2018

Strongman Challenge Tuaran, Sabah - 3&4 Mac 2018

Encik suami Ayu ni aktif dengan sukan strongman sejak 2015 lagi. Tapi ye la masa tu kekangan masa bekerja mengkayakan orang lain macam nak mati. Sekarang bila dah start kerja masa sendiri ni, mula laa dia serius join pertandingan sana sini. 

Mula mula Ayu sendiri tak sangka sampai tahap ni dia punya serius. Tiap kali dia ada training, ada masa Ayu turun laa jadi penonton. Support. Walaupun masa dia training tu sibuk dengan handphone sendiri dan main aci ligan dengan Fateh. Hahaha. Sebelum ni pun encik suami join pertandingan yang dekat dekat je.

Tahun 2018, tahun gemilang laa buat dia. Awal bulan haritu dapat top 5 (no.4) dalam event strongman challenge flip tayar 200kg di Batang Kali haritu. Meh tengok sini:


Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and outdoor

Yang paling tak sangka rezeki encik suami ditaja oleh ATF Sport Taping bila dia nekad nak masuk strongman challenge di Tuaran, Sabah 3&4 Mac 2014. Alhamdulillah! Yang ditaja dia seorang. Jadinya ke Sabah nanti dia seorang je laa. Sobs3. Tak ada rezki Ayu nak join terbang sekali. Lagipun diorang kat sana dah set sesama atlit tong tong untuk penginapan. Takpelah. Ai is redho. Tapi makesure kena menang tau! Next game kita planning elok elok pergi 1 family.

siapa kenal sebelah encik suami tu? Kalau nak tau tu player ragbi Malaysia.
Bigboss ATF Sport Taping. 

Ayu & Fateh sentiasa doakan. Eh! Baru 11 Februari daaa. Hahaha. Gaya buat ucapan macam dah nak terbang ke Sabah malam ni. Apa apaun, start harini dah kena ada doa kemenangan & dipermudahkan urusan kat sana. Uols yang baca post Ayu ni, doakan sama kejayaan encik suami kat sana nanti eh!

Image may contain: one or more people and outdoor

Kat lengan encik suami bertempek warna warni tu nanti Ayu story lain k. Sangat sangat berguna tau benda tu. 

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana


Bismillah. 
Harap harap ada rezeki Ayu tambah koleksi totebag! hehehe Jom rama ramai join GA dari Ana Suhana! Nak join, klik banner tau.

HADIAH :
5 orang pemenang akan mendapat sebuah Totebag bertemakan travel (tempat-tempat menarik di dalam atau luar negara) dan sebatang pen perfume!

04 February 2018

Mingle & Pitch Program - Malaysian Rare Disorders Society

"be thankful for what you have, you'll end up having more. 
If you concentrate on what you don't have, you will never ever have enough"

Ceritanya, Ayu follow rapat facebook Doktor Rusyainie. So daripada posting beliau, dia share pulak post tuan Syed Azmi. Daripada sini lah Ayu dapat tau pasal event Mingle & Pitch ni. Terkinja kinja lah Ayu text person in charge walaupun eventnya besok. Risau jugak tempat penuh ke apa kan. 

Masa text tu, Ayu bagitau yang Ayu adalah pesakit Vitiligo. Is Vitiligo community included in this society? Dan Ayu tersangat lah happy bila diorang sangat mengalu-alukan kedatangan Ayu.

No automatic alt text available.

Macam tiba tiba je eh?
Tak lah. Sebenarnya kalau uols nak tau, 28 Februari adalah World Rare Disease Day. So event ni berlangsung sempena kempen ni la sepanjang bulan Februari. 

Image result for world rare disease day

Terima kasih buat cinta hati Raja Yusaini yang beri keizinan Ayu pergi jugak event ni. Kalau tak asalnya nak pergi sefamili, tapi sebab selsema Fateh makin teruk pulak harini. Jadinya terpaksa dikuarantin.

Ayu sampai awal sikit sebelum program bermula. Sempat tolong ikat belon duduk sebelah 'makcik'. Bercerita tentang arwah cucunya, salah seorang pesakit yang tergolong dalam rare disorders, cabaran dan perjuangan beliau. Dan Ayu pun sempat cerita serba sikit apa yang Ayu pernah lalui dengan Vitiligo. 

Lepas habis sembang, ada orang panggil 'makcik' ni "Dato.. Dato..."
Baru laa Ayu tau sebenarnya beliau adalah adalah Dato' Hatijah Ayob, presiden Malaysian Rare Disorders Society (MRDS). Hahahaha. My Bad. Tak sempat nak selfie pun dengan orang penting ni. *tepuk dahi*. She's very very humble. Adore her so much! Sampai sekarang teringat ingat lenggok manisnya percakapan Dato'. Boleh bayang dah macamana Dato' cakap dengan anak cucu penuh kasih sayang.

Image may contain: 4 people, people standing, shoes and outdoor

Dan sempat jugak having conversation dengan Ainaa, one of the pitchers. She's fighting with muscle progressive disease - Spinal Muscular Atrophy (SMA). Tapi, jangan pandang sebelah mata. Hebat orangnya. Kagum dengan usaha Ainaa hasilkan kraf yang terrrrsangatlah comel comel even orang yang sihat sempurna fizikalnya akan tercabar dengan kemampuan Ainaa. Sebab keterbatasan Ainaa nak bergerak, dia tak mampu nak bekerja macam orang lain. So Ainaa deside untuk jadi freelance artist.

Check her Ig here:
Sumpah cantik cantik gilaaaa hasil tangan Ainaa! 

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and outdoor
Image may contain: 1 person
cantikkkkk kan? Geram rasa nak beli semua!
Ada lagi beberapa booth lagi tadi yang sajikan hasil seni masing masing. Semuanya dijual dengan harga tak masuk akal kalau nak dibandingkan dengan usaha diorang buat benda berseni. Masa ni orang tengah busy set up tempat. Sempat sembang dengan Ainaa ja sebab booth dia ja yang dah complete masa tu.

No automatic alt text available.

Tak lupa Ayu dapat kenal dengan very lovely & cheerful person, Nadia. Antara orang penting dalam program ni. 

Image may contain: 2 people, people smiling, selfie and close-up

Dapat bertentang mata pulak dengan aktivis terkenal tanah air, Syed Azmi. Havoc & ceria habis laaa event siang tadi sebab tuan Syed Azmi jadi emcee. Sekarang ni bila baca posting Facebook dia, aku ni dah terbayang bayang macam dia tengah bercakap pulak. Ahahaha. Kata kata semangat yang diorang bagi kat Ayu takkan pernah Ayu lupa. Terima kasih!

Image may contain: 2 people, people smiling, glasses and close-up

Ringkasnya program tadi Ayu dapat kenal ramaiiii kawan baru yang tergolong dalam 'rare disorders'. Nak sebut satu satu... neurofibromatosis, phelan mcdermid, spinal muscular atrophy, osteogenesis imperfecta, achondroplasia... tergeliat lidah! Semuanya berpeluang share pasal diri masing masing tadi even Ayu sendiri dapat peluang naik pentas walaupun tak prepare text. Main taram ja cakap rojak bm-bi.

Inilah my first time bercakap depan orang ramai pasal vitiligo, siap dekat sebelah orang translate dengan bahasa isyarat apa Ayu cakap. Sebelum ni menulis dekat blog, ig & facebook ja. What an ohsem experience! Dan sebenarnya satu kejayaan besar bagi Ayu dapat bercakap depan orang ramai tentang Vitiligo tanpa secalit make up pun yang cover white spots. Nervous dia jangan cakap laaa. hahaha.

Image may contain: 1 person, indoor

Tak sempat nak mingle around dengan semua orang orang hebat tadi. Terlalu ramai. Dan masa pun suntuk. Terima kasih pihak penganjur program, volunteers dan orang ramai yang sangat sangat supportive siang tadi. This is a big opportunity yang selama ni Ayu cari untuk merealisasikan hasrat Ayu nak educate orang ramai tentang Vitiligo. Supaya masyarakat buka mata, menerima kami seadanya dan tak lagi beri pandangan yang tak menyenangkan bila berjumpa kami.

Tak tau macamana Ayu nak describe my thoughts and feelings sepanjang program tadi. Patutlah masa register dapat free tisu. Hahaha. Memang menitis air mata sepanjang program tadi. 

So next program, uols semua wajib bawak family & friends datang meriahkan lagi program ni, k! Spread love & positive vibes!

MRDS website:
http://www.mrds.org.my/

Official Fb Page MRDS:
https://www.facebook.com/MalaysianRareDisordersSociety/

Official Instagram MRDS:
https://www.instagram.com/officialmrds/

03 February 2018

#AyuMenang!

Alhamdulillahhh. Rezeki Ayu bulan ni ada tuah dalam 3 giveaway.

1. ole ole daripada Korea daripada Siti Yang Menaip!


2. Cash RM50 daripada giveaway kolaborasi Emas Putih x Ph



3. Notebook With Doodle Cover by Fazz



Terima kasih ye tuan tanah! Moga rezeki uols bertambah tambah lepas ni.
Terima kasih sekali lagi!

01 February 2018

Free trip ke Seoul/Phuket/Langkawi dengan Traveloka 'Fly & Win' Challenge!!! Rugi weh kalau tak try

Ayu suka betul join contest yang hadiah dia meleleh leleh macam ni tau. hehehe. Mana tau kan kot memang dah tertulis rezeki.

Hadiah-hadiah yang menanti:

Grand Prize Winner
6 hari 5 malam ke Seoul untuk 2 orang 
(Flight and accommodations only) 

1st Runner Up 
 5 hari 4 malam ke Phuket untuk 2 orang 
(Flight and accommodations only)

2nd Runner Up 
4 hari 3 malam ke Langkawi untuk 2 orang 
(Flight and accommodations only)

Hadiah orang bertuah Facebook Sharing
2 orang pemenang bertuah akan dapat RM1000 Traveloka vouchers 

Contest ni terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. kalau bawah umur boleh jugak join tapi kena dapatkan kebenaran daripada mak ayah tau. Dan syarat paling penting mesti ada account Facebook yang sah.  Ada lagi beberapa syarat lain yang korang kena baca & faham. Jangan malas baca t&c contest tau! Ayu babap kang!

Macamana nak join main game ni? senang je.

1) Klik link ni: CNY 2018 Contest

2) Nanti keluar gambar seperti dibawah ni dan klik “Login wint Facebook” tu untuk connect pada FB uols 


3) Bila dah berjaya connect dengan Facebook, nanti akan muncul seperti gambar di bawah ini. klik part “Term and Conditions”. Baca dan fahami supaya penyertaan uols tak sia-sia kena reject.

4) Lepastu, uols boleh klik “Instruction” untuk baca secara ringkas cara untuk main mini game daripada Traveloka ni.


5) Kalau dah faham, klik “Start Game”.


Mula mula Ayu main adoiii! Susah gila nak control kapal terbang tu. Nak elak halangan halangan. Nak maintainkan level kapal terbang. Tak boleh tinggi sangat, tak boleh rendah sangat. Nak kutip angpau untuk extra point lagi. Tapi lepas tigapatkali try, haaaa. Berbunga bunga. Rasa macam ada chance nak menang ni. hehehe. Setakat ni point paling tinggi ayu dapat 236. Ada banyak masa lagi nak try. 


Uols boleh main seberapa banyak kali game ni. Tapi maximum 5 kali sehari je boleh submit score. Rasa rasa dapat point paling tinggi, baru submit. Syarat nak submit score pulak kena share dulu. Kalau tak, button submit score tu tak boleh klik. 

Jangan lupa tau. Tempoh contest 
22 / 1 / 2018 (12 malam) – 28 / 2 / 2018 (11.59pm)

Lagi best kalau like, follow & see first Official FbPage Traveloka. Senang nak tengok apa apa update lepas ni. Harap harap ada rezki Ayu! hehehe