06 April 2018

Racun tikus paling power!

Haritu masa Ayu balik kampung hampir 2 minggu. Nak tau tak apa jadi? Koridor belakang rumah tempat Ayu ketung ketang masak hari hari jadi tempat hora horay Cik Ti. Berani dia tebuk jaring masa Ayu tak ada kat rumah yeee.

No automatic alt text available.

Dalam seminggu lebih jugak laaa macam-macam teknik Ayu buat tapi sekor pun tak sangkut. Macam-macam umpan Ayu dah letak. Langsung tak terusik.
Perangkap tikus manual.
Perangkap jenis gam.
Tabur black pepper.
Yang geramnya, puak Cik Ti ni berkumpul bawah mesin basuh. Tak tau laa kenapa kat situ paling best dia nak bina sarang dia. Berkumpul segala semak samun sampah dia kutip letak bawah mesin basuh. Patut laaa mesin basuh Ayu bau tak sedap. Segala macam sampah baunya dah naik meruap. Berkali-kali repeat basuh baju pun tak wangi.

Lepastu jumpa Racun Tikus Victory. Ayu nekad kalau setel problem Cik Ti kat rumah ni, Ayu nak sign up jadi ejen terus tolong marketkan racun ni! Sebab tengok testimoni racun ni semua power-power. Geram jugak tengok. Korang boleh tengok kat facebook lain-lain testimoni. Kat LAZADA pun ada.

Sampai je racun, terus semangat Ayu letak 1-2 sudu besar kat beberapa hotspot yang selalu tikus bertandang. Dannnn... ni lah hasil 'memancing'.

Puas hati! Malam pertama terus kena 2 ekor. Malam 2nd mungkin tikus ni baru lepas makan racun. Dia belum mati. Tengah lalok tak boleh jalan jauh dah.


Kalau nak tau racun ni ada ramuan khas yang boleh tarik tikus untuk makan. Ramuan tu digaul mesra dengan biji gandum gred A. Tikus takkan pandang sepi punya. Barang baik mesti dia makan. Bila makan jer racun ni, dia tak mati tempat tersorok. Dia akan mati tak jauh tempat kita letak racun tu.
Mati tak merata, jadi senang nak buang bangkai dia. Ni tikus malam kedua kat rumah Ayu. Tengok jarak dia lalok dari racun. Haaa, power ke tak power?


Kecik kecik cili padi orang cakap. 1 peket 50g ni nampak je sikit. Tapi sampai sekarang racun yang Ayu letak tak luak pun tikus makan. Ada lebih lagi ni ha. Bayang tikus pun dah tak nampak dah. Mesin basuh Ayu pun dah takdak kesan kehadiran puak Cik Ti. Jadi, macam niat Ayu awal-awal tadi. Dengan ini, secara rasminya Ayu ejen sah berdaftar untuk pasarkan racun tikus power ni. hohohoho.

Kalau rumah korang ada masalah tikus jugak, tak payah susah-susah nak bela kucing. Kucing pun dah tak nak makan tikus dah sekarang. Dah moden. Semua nak makanan proses dan terhidang didepan mata. Dah payah dah nak jumpa kucing yang ada survival tinggi main aci ligan 'makanan' dia. Hahaha.

Ayu bagitahu harga terus ni.
Senang korang nak order. Tak payah banyak tanya dah.
1 peket RM45
Promosi beli 2 peket RM65 
*harga DAH termasuk postage*

Nak order racun power ni, terus ja klik :



28 March 2018

Scrambled Tofu

Bila dah start diet vegan ni, kadang terliur jugak bila masakkan scrambled egg untuk encik suami & Fateh. Tapi, sabarrr. sabarrr. Masa dok skrol Instagram cari resepi vegan menu yang best, terjumpa pengganti scrambled egg. Guna tofu!



Ayu beli kat NSK Rm1.50 je. Lupa pulak nak ambil gambar silken tofu ni. Alaa, kalau korang jenjalan kat cold storage, ada tofu ni duduk sebaris dengan japanese tofu dalam plastik petak. Nextime laa Ayu letak gambar tofu ni k.

Ayu jumpa resepi ni kat Instagram Tasty Vegetarian ni ha. Senang je caranya.


Tapi Ayu ubah sikit ikut selera anak tekak. Ayu grill tofu ni dengan blackpepper, bawang hollen & garam sikit. Rasa dia, tak jauh beza dengan scrambled egg! Boleh makan dengan roti/wrap!

Ahhhh, Craving satisfied!

14 March 2018

Diet Ayu - I'm a vegan newbie

Alhamdulillah, harini genap seminggu hari ke-8 Ayu start praktis vegan diet.

Pasaipa Ayu tekad nak ubah diet ni?
Sepanjang umur hampir nak cecah 28 tahun ni, Ayu tak pernah betul-betul jaga makan. Last masa Ayu pregnantkan Fateh dulu ada laaa pantang junk & processed food. Itupun ada jugak curi-curi. hehehe. So,  kalini Ayu tak pandang ke belakang dah. Omputih kata, 'every accomplishment starts with the decision to try'. So, here I am!

Salah satu vegan menu lunch yang simple. Nasi separuh, sayur separuh! hehehe

Dalam banyak-banyak jenis diet, pasaipa pilih Vegan?
Target Ayu bukan nak kurus tau! Berat Ayu ideal. No problem. Misi Ayu pilih vegan diet, sebab ada kajian dairy products antara yang trigger auto-immune disease/disorder. So macam Ayu, ada kemungkinan selama ni Ayu dok gila minum susu, makan cheese tak ingat donia telah menyebabkan Vitiligo makin agresif. So, Ayu nak tengok kesan Ayu praktis vegan diet ni manatau ada positive effect pada vitiligo dalam beberapa bulan ni... or maybe bertahun. hewhewhew

credit
Mula-mula Ayu tak serius pun nak pantang, nak jadi cerita ada 1 hari, dapat rezki lepak lunch dengan member encik suami. Salah seorang member dia adalah vegan. Biasalah, Ayu nak mula diet ni dulu pun ada rasa skeptikal sikit bila orang kata tak makan daging, tak makan ayam, Ayu tertanya-tanya jugak, cukup ke protein intake? Tapi sebenarnya bila kita belajar, keep gali ilmu-ilmu nutrisi, makanan plant-based pun banyak boleh supply protein!

Ni laaa orangnya, pencetus inspirasi untuk Ayu try switch diet.
Ce tengok, ada nampak dia macam orang tak cukup protein ke? Siap Mesotropin ambil sebagai duta lagi tau! Boleh follow dia di Ig & tengok apa yang dia makan.

A post shared by AkmalAli (@akmalhakimali) on

Aippp, jangan tengok lelama. Iman goyah nanti. Hahahaha. Tapi ni la perjuangan Ayu. Cewah! Apa-apapun, sepanjang diet ni Ayu akan terus belajar dan terus belajar. Memang ada certains nutrisi plant-based food tak dapat nak bekalkan. So yang tu Ayu kena topup cara lain. Ni kicik punyak halll. hehehe

Seronok tau tukar diet ni. Banyak ilmu Ayu dapat. Masak pun jadi seronok sekarang. Takde laaa boring ngadap lauk yang sama ja. hehehe. Tapi, encik suami & Fateh tetap makan macam biasa. Ayu sorang ja switch diet ni.

Vegan & Vegetarian lain ke?
Apa yang Ayu tau, lain.

Vegetarian tak makan daging/ayam. Tapi ada certain vegetarian minum susu jugak. Telur pun diorang makan.

Tapi vegan ni macam hardcore sikit. So, Ayu sekarang memang langsung tak ambil any animal products. Daging lembu, kambing, ayam. Even susu, cheese, telur pun Ayu avoid. Ayu cuma makan sayur, buah, kekacang. Nasi ofkozz la. Kita orang Malaysia mana boleh tak makan nasi. hehehe. So pasta, bihun, mee semua Ayu boleh makan tapi dengan syarat tak ada unsur-unsur animal by products termasuk seafood.

So, next entry korang akan selalu lah tengok Ayu akan update menu-menu vegan. Ada yang berani nak join Ayu tak? hehehe

Gombak Strongestman 2018

Baru selang seminggu balik daripada Strongestman Challenge Tuaran, Sabah, encik suami join game lagi. 

10 Mac - Gombak Strongestman 2018 kalini berlangsung di Dataran SMK Sungai Pusu bersempena event bersama Yang Berhormat. 

Biasalahhh... timing macam ni. Faham kannnn. hehehe. Jadi kita sebagai rakyat, sambut & terima dengan tangan terbukaaaa. Jangan banyak cakap. hahaha


Alhamdulillah, dalam game kalini encik suami dapat top 10. Nombor 8 out of 23 contestans. Game di Gombak ni puas hati laaa dapat tengok banyak improvement dalam prestasi encik suami especially timing untuk routine 'farmer walk', kalau nak compare game di Sabah haritu, timing di Gombak ni memang jauh bezaaa. Maybe sebab Ayu ada support sama. Kat Sabah haritu kan Ayu tak dapat join pergi. kikiki.

Congratz, my love! Insyaallah, next game kita target top 5 pulak. Just focus & keep training. Create stronger version of you! I'll always support you~
Next game, 24 & 25 Mac - Nelayan Strongman Challenge di Kuala Selangor. Haaaa, siapa takda apa-apa aktiviti jom ramai-ramai lepak di Kompleks LKIM, Kuala Selangor. Boleh jumpa kat sana!

Nah, korang layan laaa sedutan routines game di Gombak baru-baru ni.

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

Syarat giveaway Lea senang ja. Tapi hadiah-hadiah perghhh. Menarik semuanya! Hopefully ada rezki Ayu kat sini. Amiiin! Jom ramai-ramai meriahkan giveaway ni. 

Klik banner, k!